fb fb fb fb fb

RTS Link: Fasa percubaan pertama dijangka bulan depan

Foto RTM

JOHOR BAHRU, 3 November - Projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura mencapai kemajuan memberangsangkan dengan komponen Depot RTS Link telah mencapai 91 peratus sementara fasa percubaan pertama tren dijangka bermula Disember ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memaklumkan gerabak tren bagi operasi RTS Link pula dijangka tiba bermula pertengahan bulan ini.

"Dijangka dalam bulan depan, orang ramai akan dapat melihat pergerakan tren dan ini merupakan fasa pertama percubaan.

"Bagaimanapun fasa ini hanya melibatkan pergerakan tren dan tidak dibuka kepada penumpang," katanya kepada media semasa meninjau projek Kompleks CIQ RTS Link di sini bersama Ketua Pegawai Eksekutif RTS Operations, Dr Ahmad Marzuki Ariffin.

Tambah beliau, kemajuan komponen Stesen Bukit Chagar telah mencapai 73 peratus manakala di kompleks CIQ pula 76.8 peratus.

Anthony memberitahu sasaran untuk menyiapkan projek RTS Link itu masih kekal, iaitu pada 31 Disember tahun depan dan beroperasi sepenuhnya pada Januari 2027.

SITI NOOR KASANABILAH BINTI KAMARUL ZAMAN