fb fb fb fb fb

RTM terus laksana transformasi seiring kehendak, selera penonton

KUANTAN, 12 Februari- Seiring dengan era digital, RTM akan terus melaksanakan transformasi bersesuaian mengikut kehendak dan selera penonton.

Ini termasuk beberapa penambahbaikan yang akan dibuat dalam masa terdekat, khususnya melibatkan penyampaian berita.

Ketua Pengarah Penyiaran, Suhaimi Sulaiman berkata RTM mempunyai sumber lengkap dari segi teknologi, kakitangan terlatih dan cetusan idea yang menarik serta praktikal untuk dilaksanakan.

Malah, penambahbaikan tersebut akan dibuat dengan mengambil kira agenda transformasi, baik bagi saluran TV, stesen radio mahupun di platform media digital RTM.

"Bahawa sebenarnya sumber hebat ada di RTM, jadi itu yang sedang kita buat pada masa ini.

"Dan saya rasa itu bukan suatu yang susah untuk dibuat dan boleh dilakukan secepat mungkin. Tidak lama lagi, masyarakat akan melihat kehebatan RTM itu sendiri," katanya.

(Suhaimi Sulaiman)

Beliau berkata demikian pada sesi taklimat bersama semua wakil RTM negeri, di sini hari ini.

Lapan kluster merangkumi Liputan dan Penyuntingan, Saluran Berita, Imej dan Penerbitan, Digital, Ehwal Semasa, Teknikal, Bahasa Penyiaran dan SOP BES dibentangkan bagi menunjukkan antara penambahbaikan yang sedang dan akan dibuat mengambil kira elemen ‘Quick Win’, Mid Term dan Long Term’.

Media Baharu