fb fb fb fb fb

KKDW garis empat fokus utama transformasi luar bandar

(Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tengah) bergambar selepas menghadiri
Bengkel Hala Tuju Strategik Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah hari ini/BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 12 Februari- Empat fokus utama digariskan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bagi mewujudkan transformasi kawasan luar bandar.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata ia merangkumi prasarana luar bandar, program modal insan, keusahawanan dan aktiviti ekonomi.

Langkah itu bertujuan merapatkan jurang pembangunan antara kawasan bandar, luar bandar dan pinggir bandar.

"Daripada keempat-empat bidang fungsi itu, kami akan melakukan 22 program 'quick wins' dan juga 19 'game changer. Saya akan umumkan dari semasa ke semasa.

"Yang penting bukan pengumuman tapi adalah pelaksanaan dan kita perlu melakukan tindakan susulan terhadap semua saranan yang telah kita bengkelkan," katanya.

(Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi/BERNAMA)

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Bengkel Hala Tuju Strategik KKDW, di sini hari ini.

Ahmad Zahid menekankan, kementerian turut berhasrat untuk mengurangkan migrasi terutama kalangan belia luar bandar ke kawasan bandar.

Untuk itu, aktiviti ekonomi baharu bakal diwujudkan, sekali gus membuka peluang pekerjaan yang lebih besar.

Media Baharu