fb fb fb fb fb

RTM tawar pakej serendah RM500 untuk usahawan promosi produk dan perkhidmatan

KUALA LUMPUR, 30 Mac - Radio Televisyen Malaysia (RTM) menawarkan pakej serendah RM500 bagi mereka yang ingin mempromosikan produk atau perkhidmatan sempena sambutan Hari Ulang Tahun Hari RTM Ke -76.

Pengarah Bahagian Pemasaran Dan Promosi RTM, Suhana Suratman memberitahu tawaran tersebut akan dibuka sepanjang bulan April dan boleh diguna pakai sehingga Jun ini.

"Kita (RTM) antara jenama yang sangat dipercayai dengan platform yang sangat banyak, ada lima stesen saluran TV dan satu lagi stesen di peringkat percubaan, kita tawarkan semua platform itu termasuk 34 stesen radio di RTM, kita memberikan kemudahan di semua platform kita," kata beliau ketika menjadi tetamu dalam program Selamat Pagi Malaysia (SPM) di Angkasapuri, di sini hari ini.


(Pengarah Bahagian Pemasaran Dan Promosi RTM, Suhana Suratman
ketika menjadi tetamu dalam program Selamat Pagi Malaysia) 

Suhana berkata tawaran pakej tersebut terbuka kepada semua usahawan sama ada dari industri kecil atau sederhana serta mana-mana syarikat konglomerat.

Tambah beliau, RTM akan sentiasa memberi peluang dan memainkan peranan dalam membantu para peniaga serta usahawan untuk mengukuhkan jenama mereka.

Media Baharu