fb fb fb fb fb

RTM tambah baik program hiburan, berita

Suhaimi meluangkan masa hampir dua jam dalam sesi bicarawara konti Terengganu FM.

KUALA TERENGGANU, 17 November- Penambahbaikan program hiburan serta Berita dan Ehwal Semasa menjadi fokus utama Jabatan Penyiaran Malaysia menjelang 2024 ke arah menjadikan Radio Televisyen Malaysia (RTM) lebih berdaya saing.

Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman berkata semua warga kerjanya perlu memahami data dan demografi  penonton untuk memperolehi strategi penambahbaikan siaran radio serta televisyen.

Jelas Suhaimi, RTM akan membuat kajian bagi mengenal pasti perubahan minat dan kepuasan penonton pada masa kini agar stesen penyiaran terus relevan dan menjadi pilihan ramai.

"Kita sentiasa 'relatable', relevan dan 'lovable'. Maksudnya kita tengok apa yang kita telah buat selama ini dan kita tengok apa keperluan kita di luar penonton, nak apa, jadi kita tengok penonton, penonton kita dah berubah, maka kita juga perlu mengubah cara kita menyampaikan berita, menyampaikan cerita, jadi itu membuatkan kita lebih relevan," kata Suhaimi kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Jabatan Penyiaran Terengganu di sini.

Beliau meluangkan masa hampir dua jam dalam sesi bicarawara konti Terengganu FM.
 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM