fb fb fb fb fb

RTM siar program menarik sepanjang Ramadan

KUALA LUMPUR, 7 Mac- Mengangkat tema 'Berkat Ramadan', RTM tahun ini tampil dengan 25 program baharu berbentuk keagamaan, telemovie, drama bersiri, dokumentari dan masakan sepanjang Ramadan.

Manakala bagi radio, lebih 130 program bakal diterbitkan di 34 stesen radio.

Ketua Pengarah Penyiaran, Suhaimi Sulaiman berkata pengisian program lebih kepada konsep 'Masyarakat Madani' yang bertamadun, serta menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat.

(Ketua Pengarah Penyiaran, Suhaimi Sulaiman)

Platform media sosial seperti "TikTok' dan 'Facebook' akan digunakan sepenuhnya bagi mempromosi program berkenaan.

"Saya rasa platform yang ada sekarang di televisyen dan radio, memang kita gunakan bukan sahaja untuk promosi program Ramadan tapi juga Syawal nanti.

"Jadi kita akan menggunakan program-program yang sedia ada untuk menentukan penonton kita akan sentiasa mendapat informasi dan saya rasa kita juga akan menggunakan platform media sosial yang sedia ada.

"Kerana kita punya pengikut sangat ramai di TikTok, Facebook dan sebagainya. Jadi kita akan menggunakan media sosial untuk menyampaikan informasi tentang program Ramadan," katanya.

Beliau menyatakan demikian pada Majlis Apresiasi Bersama Media bersempena program Khas Ramadan RTM 2023 di Wisma Radio, Angkasapuri Kota Media.

Media Baharu