fb fb fb fb fb

MCMC pertimbang tindakan terhadap Awesome Broadcasting

(Foto fail)

PUTRAJAYA, 7 Mac- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang mempertimbangkan tindakan kawal selia terhadap pihak Awesome Broadcasting Sdn Bhd (ABSB) susulan kemungkinan pelanggaran Seksyen 36 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

MCMC dalam kenyataan hari ini menegaskan, sebarang operasi penyiaran oleh stesen televisyen harus mematuhi peraturan dan syarat lesen yang ditetapkan dalam Lesen Individu Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Kandungan CASP (I).

Kegagalan berbuat demikian merupakan satu kesalahan serius dan boleh dikenakan tindakan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Pada 21 Feb lepas, MCMC dilaporkan membuka satu kertas siasatan terhadap saluran televisyen tempatan, Awesome TV atas laporan berita yang mendakwa bilangan penjawat awam bakal dikurangkan.

(MCMC pertimbang tindakan terhadap Awesome Broadcasting)

Media Baharu