fb fb fb fb fb

3 maut selepas dua bot bertembung

MANJUNG, 7 Mac - Sekurang-kurangnya tiga maut selepas dua bot dinaiki bertembung di perairan Lumut berdekatan Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, malam tadi.

Dalam kejadian pukul 9.00 malam itu, mangsa yang meninggal dunia berusia antara 26 hingga 43 tahun.

Menurut Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi bot yang membawa 17 penumpang bersama seorang tekong dari arah Lumut ke Pulau Pangkor itu bertembung dengan sebuah lagi bot dinaiki tekong serta dua penumpang dari arah bertentangan.

Akibat pelanggaran itu, 10 penumpang bot jatuh ke dalam laut dan kemudiannya diselamatkan oleh kedua-dua tekong bot terbabit.

Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Angkatan Tentera Laut, Lumut untuk rawatan lanjut.

Mangsa maut dibawa ke Hospital Seri Manjung untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

(Penumpang bot yang berjaya diselamatkan)

Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian diminta tampil membantu siasatan.

Media Baharu