fb fb fb fb fb

RTM Kelantan ungguli Anugerah Media Elektronik, Anugerah Liputan Media Terbaik UMK

KOTA BHARU, 14 Disember- Radio Televisyen Malaysia (RTM) Kelantan mengungguli Anugerah Media Elektronik dan Anugerah Liputan Media Terbaik Universiti Malaysia Kelantan (UMK) 2022 pada Malam Media-UMK, malam tadi.

Anugerah tersebut disampaikan Naib Canselor UMK, Profesor Datuk Dr Razli Che Razak kepada penyelia Berita Ehwal Semasa (BES), RTM Kelantan, Majidah Ismail dan wartawan Muhammad Ameerul Hafiz Mohd Rosli.

Pihak universiti mengiktiraf peranan media dalam membuat liputan berkaitan program dan isu-isu pendidikan tinggi serta pencapaian universiti, sekali gus meningkatkan imej UMK.

"Membuat liputan dan mengeluarkan berita-berita berkenaan mendatangkan rating yang tinggi kepada pihak universiti. Ia tidak semudah disangka dan RTM memilih berita-berita UMK ini untuk  dimasukkan ke dalam seliaan berita utama. Ia membawa kemenangan kerana sering bersama UMK," katanya kepada pemberita di sini.


(Pihak universiti mengiktiraf peranan media dalam membuat liputan berkaitan
program dan isu-isu pendidikan tinggi serta pencapaian universiti sekali gus
meningkatkan imej UMK)

Sementara itu, Majidah berkata anugerah terbabit merupakan satu pengiktirafan dan penghargaan terhadap komitmen daripada pihak UMK kepada wartawan di Bilik Berita RTM Kelantan.

"Ini bukan kali pertama RTM dianugerahkan ataupun dinobatkan sebagai antara media elektronik terbaik. RTM semestinya akan membuat liputan mengenai berita-berita di UMK. Saya sangat menghargai anugerah diberi ini," katanya.

Menerusi anugerah terbabit, pemenang akan membawa pulang sijil dan baucar.

Media Baharu