(Foto fail)
KUCHING, 14 Disember- Usaha mengesan seorang lelaki warga Indonesia yang dikhuatiri hilang di Sungai Tabuan petang semalam, sedang giat dijalankan pagi ini.
Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Henderi Ardimansyah, gerakan mencari, Stepanus Selat, 22 tahun itu meliputi kawasan permukaan dan tebingan sungai terbabit seawal pukul 7.30 pagi tadi.
(Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Henderi Ardimansyah)
Ketika dihubungi wartawan RTM, Henderi memberitahu, pihaknya telah menugaskan seramai lima anggota bomba dibantu oleh agensi keselamatan lain termasuk polis bagi
mengesan lelaki malang itu.
Malah pihaknya juga tidak menolak kemungkinan mangsa disambar buaya dalam insiden itu.
Dalam insiden sekitar pukul 5.30 petang semalam, mangsa dikatakan hilang semasa sedang menjala ikan di tebing Sungai Tabuan iaitu sekitar kawasan zon bebas perindustrian Samajaya bersama seorang rakannya.
Satu laporan polis telah difailkan oleh rakan mangsa selepas beberapa jam cuba mencari mangsa sekitar sungai tersebut.