fb fb fb fb fb

RTM cipta budaya kerja semangat kebersamaan

Suhaimi Sulaiman

KUALA LUMPUR, 29 September- Pendekatan kepimpinan berteraskan kasih sayang dilihat mampu memperkukuh kesejahteraan psikologi warga perkhidmatan awam, sekali gus mewujudkan suasana kerja lebih harmoni dan produktif.

Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman berkata, amalan itu telah dilaksanakan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) dengan menekankan hubungan sesama warga kerja seperti sebuah keluarga.

"Yang paling penting adalah bagaimana kita membina pertalian dengan rakan-rakan di tempat kerja seperti sebuah keluarga. Maksudnya, kita saling mengambil berat. Dalam bekerja, semangat kasih sayang dan tolong-menolong antara satu sama lain sangat penting.

"Itu yang kita praktikkan di RTM supaya bila ada musibah, kita dapat saling membantu," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Persidangan Psikologi Perkhidmatan Awam Ke-29 di Kota Media Angkasapuri, di sini, hari ini.

Beliau berkata, pendekatan itu bukan sahaja membantu mengurangkan tekanan kerja, malah membina budaya organisasi yang lebih inklusif dan responsif terhadap keperluan emosi warga kerja.

Menurutnya, pelbagai medium dalaman diwujudkan bagi mendapatkan pandangan serta luahan langsung daripada staf tanpa mengira jawatan, sekali gus mengukuhkan rasa kebersamaan dan tanggungjawab bersama.

SITI AISHAH BINTI MD ISA