KUALA LUMPUR, 29 September - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah tahniah sempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-56 Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, hari ini.
Menerusi perkongsian di Facebook, Perdana Menteri turut mendoakan semoga Baginda serta seluruh kerabat diraja sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT, dikurniakan kedaulatan, rahmat serta hidayah-Nya.
"Semoga Allah Melindungi Tuanku Dunia dan Akhirat. Daulat Tuanku," katanya.