fb fb fb fb fb

RTM beri peluang produser muda sumbang idea segar, relevan

Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman

BANDARAYA MELAKA, 22 Jun- Radio Televisyen Malaysia (RTM) memperkenalkan pendekatan baharu dengan memberi peluang kepada produser muda untuk menyumbangkan idea segar yang lebih relevan dengan generasi masa kini.

Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman berkata, inisiatif itu melibatkan pembentangan pelbagai idea kreatif dalam usaha memperluas kandungan bukan sahaja di televisyen, malah menerusi platform digital seperti RTMKlik dan siaran radio.

Beliau berkata, pendekatan tersebut dilihat sebagai langkah progresif untuk memastikan RTM terus kekal relevan di khalayak penonton, di samping menambah baik penyampaian berita agar lebih menyentuh emosi dan memberi impak.

"Bagaimana kita kita hendak menjadi relevan kepada penonton-penonton yang muda dan dari pelbagai latar belakang. Jadi hari ini tadi kita telah mengadakan  pembentangan sebelas idea-idea baru daripada mereka yang sangat muda dan idea dia sangat bernas dan bagus 

"Jadi kita hendak cantikkan supaya nanti dapat ditonton bukan sahaja di televisyen, tetapi juga  di RTMKlik dan juga di radio.

"Pendekatan yang sangat-sangat berbeza, kenapa harus berita itu datangnya dari seorang pembaca di studio... ia boleh disampaikan dengan  pelbagai cara, kita boleh masukkan emosi, kita boleh masukkan emotional connection perlu ada. Itu sebenarnya apa yang kita buat pada hari ini", katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Mesyuarat Pengurusan RTM 2025 di Melaka.

ROSLINA BINTI DIN