fb fb fb fb fb

RMR2, isi rumah berpendapatan RM5,000 ke atas dibenar beli

Pengerusi SPNB, Datuk Husam Musa

IPOH, 2 Disember - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) telah mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri Perak untuk melaksanakan projek pembinaan Rumah Mesra Rakyat generasi kedua (RMR2).

Pengerusinya, Datuk Husam Musa berkata pembinaan bakal dilaksana di atas tanah milik kerajaan negeri dengan saiz rumah lebih luas.

Beliau berkata, pemilikannya tidak terhad kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM5,000 ke bawah sahaja.

"Mereka boleh bayar secara bulanan tanpa faedah kepada SPNB dan ini akan dibina di atas tanah-tanah kerajaan atau tanah pemilik tanah yang bersedia bekerjasama dengan kita, ada pun RMR biasa dibina di atas tanah milik tuan rumah itu sendiri.

"Kita menggunakan Insya-Allah wang pusingan yang sedia ada dalam SPNB buat masa sekarang, kita tidak bebankan Kementerian Kewangan," katanya.

Beliau ditemui pada Majlis Penyerahan Surat Tawaran dan Kunci kepada peserta Program Rumah Mesra Rakyat Parlimen Tambun, di sini.

Tambah Husam, setakat November lalu, sebanyak 3,535 unit RMR telah berjaya disiapkan dan diserahkan kepada pemohon dengan 1,510 unit lagi sedang dalam pembinaan dan dijangka siap hujung tahun ini.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN