fb fb fb fb fb

APMM berjaya menyelamat lebih 1,000 nyawa tahun ini

Ketua Pengarah Maritim Malaysia Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin/BERNAMA

SEREMBAN, 2 Disember- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya menyelamat 1,365 nyawa, daripada 1,487 kes carilamat bermula Januari hingga Oktober lepas.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin berkata, ia membuktikan disiplin APMM sepanjang menjalankan operasi.

Dalam pada itu, sebanyak 154,463 pemeriksaan, 38,867 penggeledahan dan 1,114 tangkapan turut dilakukan APMM sepanjang tahun ini.

"Dalam kita melaksanakan tugas, antara statistik-statistik penting yang perlu kita simpan, kita boleh rekodkan untuk memastikan kita berada di landasan yang tepat, KPI kita tercapai, antaranya ialah dalam aspek pemeriksaan yang kita laksanakan di laut, kita telah mengolah satu kaedah supaya setiap aset kita apabila beroperasi di laut, ia perlu memenuhi pertama sekali dalam aspek pemeriksaan", katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan Pengarah Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim Laksamana Muda Maritim Datuk Rusli Abdullah, sempena Hari Bersama Media, di Seremban.

Program itu menyaksikan hampir 100 petugas media tempatan dari saluran media elektronik, media cetak dan portal hadir menjalani Latihan Menembak di Lapang Sasar Mantin, Negeri Sembilan.

ROSLINA BINTI DIN