CHENNAI, 2 Disember- Wartawan RTM, Mohan Chinnasamy merangkul Anugerah Penyampai Berita Bahasa Melayu Terbaik bagi kategori Bukan Melayu daripada Kerajaan Tamil Nadu dan Kumpulan Media Desam.
Pengiktirafan tersebut julung kali diterima oleh petugas RTM.
Trofi kemenangan dan sijil disampaikan oleh tokoh wartawan India, Nakheeran di sini.
Lebih 100 individu turut menerima pengiktirafan meliputi bidang kesenian, hiburan dan keusahawanan.
Penganjur dan Pengasas Desam Media, Gunalan Maniam berkata, anugerah disampaikan berdasarkan pencapaian cemerlang serta sumbangan individu atau agensi terhadap negara.
Majlis berkenaan turut dihadiri oleh Menteri Penerangan Tamil Nadu, TYT M. P. Saminathan dan dinaungi oleh Ketua Menteri Tamil Nadu, TYT M.K. Stalin.