fb fb fb fb fb

RMK13: Pelan Transformasi Sektor Air 2040 diteruskan

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 31 Julai -Pelan Transformasi Sektor Air 2040 (AIR2040) akan diteruskan dengan tumpuan akan diberikan bagi mempergiat pembangunan dan inovasi teknologi air tempatan yang cekap air dan mampan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia melalui kerjasama strategik dalam penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan, dan inovasi (RDCI).

Katanya, kerjasama dengan kerajaan negeri juga akan diteruskan bagi memastikan kapasiti dan kecekapan bekalan air sejajar dengan peningkatan kawasan perumahan serta permintaan industri.

"Bawah pelan ini, inisiatif mengurangkan penggunaan air mentah dan menurunkan kadar air tidak berhasil (NRW) serta memperluas penggunaan air pulih guna secara mampan akan terus dilaksanakan.

"Ikhtiar ini sejajar dengan usaha memperkukuh kemampanan syarikat penyedia perkhidmatan bekalan air dan rawatan kumbahan," katanya ketika membentangkan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Parlimen.

AIR2040 adalah bagi mentransformasi sektor air negara menjadi mampan dan pemangkin kepada pembangunan ekonomi Malaysia. 

TETITIA YUSOFF