fb fb fb fb fb

RM9.7 juta kerugian direkodkan di Pahang akibat jenayah komersil

(FOTO RTM)

KUANTAN, 3 April-Sejumlah RM9.74 juta kerugian membabitkan jenayah komersil direkodkan di Pahang sepanjang tempoh tiga bulan pertama tahun ini.

Menurut Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, sebanyak 229 kes melibatkan pekerja sektor swasta manakala sektor kerajaan pula sebanyak 69 kes, bagi suku pertama tahun ini.

"Tipu E-Belian sebanyak 33 peratus dan tipu tawaran kerja 17 peratus merupakan jumlah yang paling tinggi mengikut data yang dicatatkan. Mangsa terdiri daripada pekerja sektor swasta jumlah paling tinggi iaitu 229 dan seterusnya sektor kerajaan iaitu sebanyak 69 kes", katanya kepada pemberita pada Sidang Media Kad Laporan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Pahang di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, di sini.

Ramli Mohamed Yoosuf berkata kebanyakan mangsa adalah lelaki dengan anggara umur 17 tahun sehingga 40 tahun.

Tambahnya lagi, laporan polis yang diterima oleh pihaknya menunjukkan kawasan bandar lebih terdedah kepada kegiatan penipuan tersebut, menyaksikan daerah Kuantan merekodkan 227 kes, Temerloh dan Pekan masing-masing 57 kes.

Dalam perkara berkaitan, Ramli menasihati dan menegaskan kepada masyarakat supaya tidak mudah terpengaruh dengan sindiket pelaburan, pinjaman dan jualan tidak wujud melalui laman media sosial.


(Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf/FOTO RTM)

Media Baharu