fb fb fb fb fb

Harga runcit minyak masak tulen botol kekal hingga 7 Mei depan

(FOTO RTM)

KUALA LUMPUR, 3 April-Harga runcit minyak masak tulen botol dikekalkan mulai Sabtu ini hingga 7 Mei 2023 meskipun harga minyak sawit mentah bulan lepas meningkat berbanding bulan sebelumnya.

Inisiatif tersebut bertujuan untuk menangani isu kenaikan harga barang sepanjang Ramadan dan Aidilfitri.

Pada masa sama, meringankan beban kos sara hidup rakyat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup,Datuk Seri Salahuddin Ayub menyatakan, minyak masak botol sekilogram berharga RM6.90.

Manakala bagi minyak masak botol 2 kilogram pula berharga RM13.30. Bagi minyak masak botol 3 kilogram pula berharga RM19.60 dan botol 5 kilogram berharga RM30.90.

Pengekalan harga runcit minyak masak tulen botol ini membabitkan bayaran subsidi kepada para pengilang penapis.

Ia dibuat secara tuntutan bayaran balik berdasarkan bilangan tuntutan sebenar.

Mana-mana pihak yang dikesan menjual produk itu melebih harga maksimum, bakal dikenakan tindakan.

Pemantauan menyeluruh akan dijalankan penguatkuasa KPDN.


(Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup ,Datuk Seri Salahuddin Ayub
/FOTO RTM)

Media Baharu