fb fb fb fb fb

KPT tidak akan amalkan Kepolisan Universiti

(FOTO RTM)

GEORGETOWN, 3 April-Kepolisan Pendidikan tidak akan diamalkan bagi mengawal perkara berkaitan aktiviti politik di kampus.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pihak kementerian tidak pernah menghalang mana-mana parti politik untuk memasuki IPTA namun ia mestilah dengan kebenaran pihak pengurusan universiti dan Naib Canselor kampus berkenaan.

"Dia boleh masuk dengan izin tuan rumah masuk boleh jangan tubuh cawangan parti politik sebab di sini kita  mencari graduan keluar Universiti".

"Parti politik boleh masuk universiti tetapi dengan kebenaran Naib Canselor. Mungkin mereka hendak masuk ada program, contoh menteri datang, jadi kena tanya VC (Naib Canselor) universiti masing-masing.
 
"Saya sudah beritahu dan tekankan kementerian tidak berminat melakukan educational policing," katanya.
 
Dalam pada itu, berhubung penubuhan cawangan politik di dalam universiti, Mohamad Khaled menegaskan beliau tidak menyebut parti politik akan dibenarkan menubuhkan cawangan di universiti.
 
Perkara itu tidak boleh dilakukan kerana pihaknya mahu menumpukan kepada usaha membangunkan kesarjanaan universiti.

Jelasnya, KPT mahu melahirkan graduan yang memiliki ilmu pengetahuan malah mempunyai matlamat membangunkan kekuatan pemikiran mereka dan bukannya taksub kepada sesuatu pemikiran sahaja.
 
"Tidak boleh, tetapi dia boleh masuk tetapi mesti dengan izin 'tuan rumah', hendak masuk boleh tetapi jangan tubuh cawangan parti politik sebab di sini kita bukan sahaja mahu graduan keluar dari universiti dengan ilmu, tetapi kita nak bangunkan kekuatan pemikiran mereka, kita tidak hendak mereka dari awal menjadi 'taksub' kepada satu-satu pemikiran, kita nak bangunkan kesarjanaan universiti, setiap universiti kena ada kesarjanaan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Universiti Sains Malaysia (USM).
 
Hadir dalam majlis itu ialah Naib Canselor USM, Prof Datuk Ir Dr Abdul Rahman Mohamed dan Pengerusi Lembaga Governor USM, Dato’ Dr. Awang Adek Hussin.
 
Dalam pada itu, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin turut memuji kejayaan USM dalam sektor kelestariannya kerana institusi itu terpilih sebagai salah satu universiti terbaik dunia.
 
 

(Menteri Pengajian Tinggi/FOTO RTM)
 
 

Media Baharu