fb fb fb fb fb

RM750,000 barangan elektrik disumbang kepada penduduk terjejas banjir di 3 negeri

AYER KEROH, 19 Januari - Pelbagai barangan elektrik bernilai RM750,000 disumbangkan kepada 3,000 keluarga terjejas banjir di Melaka, Negeri Sembilan dan Johor oleh syarikat konsesi pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam, SWM Environment Sdn.Bhd.


Inisiatif tanggungjawab sosial korporat SWM Kasih itu bagi membantu meringankan beban mereka yang terjejas bagi menghadapi proses pemulihan pascabanjir.

Pengurus Besar Korporat SWM, Mohd Norlisam Mohd Nordin berkata Melaka menjadi negeri pertama yang menerima sumbangan syarikat konsesi itu melibatkan 800 keluarga penduduk terjejas banjir.

"Melaka yang pertama dan akan disusuli dalam masa terdekat dan konsepnya sama juga senarai nama itu penting sebab kita tidak membantu semua keluarga kita hanya bantu keseluruhan 3,000 keluarga untuk 3 negeri.

"Jadi kita perlukan senarai nama mangsa banjir yg betul-betul terkesan dan teruk untuk kita agihkan kepada mereka yang memerlukanlah," katanya selepas majlis penyerahan sumbangan barangan elektrik untuk mangsa banjir kepada Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali di sini.

Katanya, pihaknya telah bekerjasama dengan Jawatankuasa Bencana Negeri dan kerajaan negeri terlibat bagi mengenal pasti keluarga yang terjejas teruk akibat banjir bagi melancarkan proses pengagihan bantuan.

Media Baharu