AYER MOLEK, 19 Januari- Sebanyak 99 majikan yang degil serta ingkar saman atas pelbagai kesalahan berkaitan kebajikan pekerja di Melaka didakwa di mahkamah sepanjang tahun lalu.
Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) negeri, Abd Razak Omar berkata antara kesalahan yang dilakukan adalah gagal membayar caruman, gagal membayar caruman Skim Insurans Pekerjaan (SIP), gagal mendaftar perusahaan dan pekerja serta gagal mematuhi saman jabatan.
"Tetapi apabila majikan tidak mencarum, ia tindakan tidak bertanggungjawab, tanggungjawab majikan adalah melaporkan kemalangan kepada Perkeso. Jadi saya ingin menasihatkan kepada majikan, bawah Seksyen 4 dan 5 Akta Kawalan Sosial 1999 untuk majikan sentiasa mendaftarkan perusahaan dan pekerja mereka kepada Perkeso dan membuat caruman, jelas Razak.
Terdahulu belia menyertai Program Lawatan Perkeso Prihatin PPN di Bukit Lintang, di sini.
Turut hadir Exco Perpaduan, Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna, Ngwe Hee Sem.
Abd Razak juga menasihatkan pekerja agar membuat laporan kepada pihaknya jika terdapat majikan culas atau melanggar ketetapan Perkeso.