PUTRAJAYA, 19 Januari - Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan dijadual mengadakan lawatan ke Jakarta pada 24 Januari ini untuk bertemu rakan sejawatannya di Indonesia, Ida Fauziyah.
Fokus pertemuan tertumpu kepada usaha memuktamadkan isu-isu berkaitan Perjanjian Persefahaman (MOU) berhubung Pengambilan dan Penempatan Pekhidmat Domestik Indonesia (PDI).
Mou itu diharap dapat ditandatangani pada 7 dan 8 Februari ini di Bali.
"Antara isu utama berkaitan MOU tersebut, termasuk One Maid One House, One Channel System dan gaji PDI yang telah disepakati menerusi siri rundingan antara kedua pihak," kata kementerian itu dalam satu kenyataan.
Turut sama dalam lawatan itu nanti Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.