fb fb fb fb fb

RM60 juta diperuntukkan untuk naik taraf LTSAS

Menteri Perumahan dan Kerajaan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming

IPOH, 31 Januari - Peruntukan RM60 juta ringgit diluluskan bagi menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS), di sini termasuk melebarkan landasan sedia ada.

Menteri Perumahan dan Kerajaan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata, pelaksanaan projek itu melibatkan dua fasa.

Katanya fasa pertama telahpun bermula dengan menelan belanja sebanyak RM8 juta.

Pelebaran itu dijangka dapat menampung kira-kira 700,000 penumpang selain menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negeri.
 
"Bagi pihak rakyat Perak saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meluluskan projek untuk melebarkan yang menelan kos berjumlah RM60 juta. Ini adalah impian menjadi kenyataan," kata Nga Kor Ming.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Perak (PCCCI) yang turut dihadiri Perdana Menteri, di sini.
 
Selain itu Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) turut merizabkan tambahan RM4 juta untuk melebarkan jalan masuk dan keluar di LTSAS.

Dalam pada itu Nga Kor Ming berkata, kerajaan merekodkan nilai jangkaan transaksi hartanah tahun lalu berjumlah RM217.46 bilion. Jumlah itu katanya, meningkat 10.48 peratus berbanding tahun sebelumnya.
 
Prestasi itu membuktikan peningkatan keyakinan pelabur tempatan dan asing terhadap ekonomi negara dan pasaran hartanah Malaysia.
 
"Dalam dua tahun ini sahaja kita menyaksikan peningkatan prestasi jumlah transaksi hartanah telah meningkat 21. 44 peratus. Dengan kata lain sektor diisytiharkan telah pulih dengan sepenuhnya.

"Jadi, kami cukup yakin bahawa sektor hartanah kami telah pulih sepenuhnya dan kami melihat pertumbuhan yang sihat, tidak terlalu mendadak tetapi pertumbuhan yang stabil," katanya lagi.

TETITIA YUSOFF