KUALA LUMPUR, 31 Januari - Situasi banjir di Sarawak terus menunjukkan peningkatan dengan jumlah penduduk terjejas kini mencecah 11,904 orang daripada 3,196 keluarga, yang kini berlindung di 59 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) setakat pukul 12.00 tengah hari ini.
Berdasarkan Pusat Kawalan Bencana Negara (NADMA), antara daerah yang mengalami peningkatan adalah Bintulu, Serian, Samarahan, Selangau, Tatau, Asajaya, dan Simunjan.
Bintulu mencatatkan jumlah tertinggi dengan 4,884 penduduk dari 1,281 keluarga, yang berlindung di enam PPS.
Serian pula mencatat 2,016 penduduk daripada 670 keluarga, ditempatkan di 11 PPS.
Samarahan dengan 980 penduduk daripada 101 keluarga di tiga PPS.
Selangau mencatat 930 penduduk daripada 208 keluarga di empat PPS, manakala Siburan menempatkan 629 penduduk daripada 181 keluarga di lapan PPS, dengan keadaan masih tidak berubah.
Tatau pula mempunyai 517 penduduk daripada 152 keluarga di dua PPS, dengan trend meningkat.
Kuching merekodkan 473 penduduk daripada 158 keluarga di tiga PPS, namun menunjukkan sedikit penurunan.
Miri menempatkan 357 penduduk daripada 105 keluarga di tujuh PPS, dengan keadaan masih tidak berubah.
Asajaya mencatat 274 penduduk daripada 70 keluarga di dua PPS, menunjukkan peningkatan.
Sebuyau pula menempatkan 266 penduduk daripada 100 keluarga di empat PPS, tetapi dengan trend menurun.
Di daerah lain, Simunjan mencatatkan 141 penduduk daripada 48 keluarga di satu PPS, dengan peningkatan kes direkodkan.
Sebauh menempatkan 116 penduduk daripada 35 keluarga di satu PPS, juga menunjukkan peningkatan.
Kanowit merekodkan 83 penduduk daripada 28 keluarga di satu PPS, dengan trend meningkat.
Subis mencatat 37 penduduk daripada 10 keluarga di satu PPS, dengan keadaan masih tidak berubah.
Bau pula mempunyai 34 penduduk daripada enam keluarga di satu PPS, juga tanpa perubahan.
Gedong menempatkan 30 penduduk daripada empat keluarga di satu PPS, dengan keadaan masih sama.