fb fb fb fb fb

RM5 juta perluas Tabika Tunas Istimewa@KEMAS tahun depan

FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR, 26 November - Kerajaan komited memperluaskan akses pendidikan awal yang inklusif, berkualiti dan holistik kepada semua lapisan masyarakat khususnya kanak-kanak berkeperluan khas melalui pembukaan lebih banyak Tabika Tunas Istimewa @ KEMAS 

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang, berkata
kira-kira RM5 juta diperuntukan kerajaan bagi membolehkan pembukaan lebih banyak Tabika Tunas Istimewa@KEMAS tahun depan bagi menampung keperluan kanak-kanak berkeperluan khas.

Beliau berkata perbelanjaan tersebut diguna untuk membaik pulih bangunan, pembelian peralatan, pembangunan modul, latihan guru serta program Bantuan Makanan Tambahan (BMT).

"Manakala bagi tahun 2026, kos yang diperlukan dianggarkan sebanyak RM5 juta, merangkumi baik pulih bangunan, pembelian peralatan, latihan guru, Bantuan Makanan Tambahan (BMT), pemberian Geran Per Kapita (GPK), elaun kanak-kanak, serta bayaran elaun kepada Pendidik Masyarakat (PM), Pembantu Pendidik Masyarakat (PPM) dan Pembantu Pendidik Masyarakat Sukarela (PPMS) bagi 14 buah TABIKA Tunas Istimewa@KEMAS.

"Oleh itu, peruntukan yang akan disalurkan bagi setiap TABIKA Tunas Istimewa@KEMAS adalah meliputi Bantuan Makanan Tambahan (BMT), Geran Per Kapita (GPK) serta pemberian elaun kanak-kanak dengan anggaran sebanyak RM150,000. bagi setiap Tabika", katanya menjawab soalan Ahli Parlimen Jeli, Zahari bin Kechik mengenai pelaksanaan Tabika Khas Kanak-Kanak Austisme dan peruntukan disalurkan untuk setiap TABIKA itu apabila dilaksanakan kelak.

Projek rintis program tersebut telah bermula pada 15 Julai 2025 di Melaka dan dilancarkan secara rasmi pada 16 Ogos 2025, melibatkan tiga TABIKA di Jasin, Melaka Tengah dan Masjid Tanah.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD