fb fb fb fb fb

RM367,200 untuk Majlis Ihya' Ramadan UUM

SINTOK, 22 Mac: Sebanyak RM367,200 dijangka akan dibelanjakan untuk sambutan Ihya’ Ramadan yang dianjurkan Pusat Islam Universiti Utara Malaysia (UUM) bagi tahun ini.

Naib Canselornya Profesor Dr Haim Hilman Abdullah berkata, peruntukan itu akan digunakan untuk penyediaan jamuan berbuka puasa dan moreh pada setiap hari kepada lebih 1,300 mahasiswa dan jemaah di Masjid Sultan Badlishah, Masjid Imam As-Syafie Bukit Kachi dan Surau Inapan Siswa (Inasis) Yasayan al-Bukhari dan Muamalat.

“ Saya berharap semua pihak dapat menggerakkan kempen ini bagi tujuan sumbangan Ihya’ Ramadan kerana amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan ini, sekecil apapun amalan itu akan mendapatkan pahala yang akan dilipatgandakan. Terutama memberi makanan dan minum kepada mereka yang berpuasa,” kata Dr Haim di sini.

(Dr Haim berucap pada Majlis Pelancaran Sambutan Ihya’ Ramadan 1443H, Peringkat Universiti 2022)

Beliau berharap sumbangan itu nanti dapat memberi kegembiraan terutama kepada mahasiswa yang telah kembali ke kampus setelah dua tahun menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi tujuan mencegah penularan COVID-19.

Pada majlis itu beliau turut mengumumkan pihak universiti menyumbangkan sebanyak RM20,000.

Pusat Pengajian, Jabatan, Inapan Siswa, Persatuan kakitangan, Majlis Profesor, Pusat Alumni, Persatuan Alumni dan anak syarikat universiti boleh mengerakkan kutipan dan sumbangan untuk menjayakan program ini terutama dalam bulan Ramadan.

Bagi mereka yang ingin menjayakan program ini pihak Pusat Islam menganggarkan RM10 untuk seorang dan sumbangan atau dana boleh disalurkan terus ke akaun Bank Islam 0209-3010-0000-10 (Dana Ramadan) atas nama Universiti Utara Malaysia.

Maklumat lanjut, boleh layari laman web http://giving.uum.edu.my/index.php/Community-Project yang telah dibangunkan dengan kerjasama Bahagian Zakat Wakaf dan Endowmen BZWE di bawah Business Strategic and Development (BSD), Pusat Inovasi dan Pengkomersialan (ICC), UUM information Technology (UUMIT), Bendahari dan Pusat Islam UUM sempena Ihya’ Ramadan.




Media Baharu