fb fb fb fb fb

RM36.8 juta baik pulih, selenggara kuarters dan fasiliti PDRM Perak

Ketua Polis Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri /FOTO RTM

TANJUNG MALIM, 29 Disember- Sebanyak RM36.8 juta diperuntuk bagi membaik pulih dan menyelenggara kuarters dan premis Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Perak tahun ini.

Ketua Polis Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata daripada jumlah itu 94 projek telah selesai manakala baki 86 lagi akan dilaksanakan tahun hadapan.

Peruntukan ini termasuk menaik taraf Balai Polis Hutan Melintang yang akan dijadikan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sementara Bagan Datuk.

Selain itu, Yusri turut memaklumkan IPD Ipoh akan dipecahkan kepada dua bahagian iaitu IPD Ipoh Timur dan Ipoh Barat.

"Untuk IPD Bagan Datuk, kita pun telah mendapat kelulusan.

"Insya-Allah dalam masa terdekat IPD Ipoh timur dan barat pun dalam peringkat pengurusan Bukit Aman untuk diambil tindakan. Insya-Allah perpecahan dua IPD ini akan menjadi kenyataan", katanya di sini.

Jelas Yusri lagi, usaha menaik NAIK TARAFtaraf fasiliti ini akan sentiasa diberi keutamaan dalam memastikan kebajikan dan keselesaan warga kerja PDRM Perak terjamin. 

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Majalah Lensa IPD Muallim pagi tadi.

Majalah tersebut yang diterbitkan empat bulan sekali itu mengandungi kisah kejayaan dan pencapaian IPD Muallim.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD