fb fb fb fb fb

Curi buah sawit: Polis cekup tiga lelaki tempatan

FOTO RTM

BATU PAHAT, 29 Disember - Polis menahan tiga lelaki warga tempatan dipercayai mencuri buah kelapa sawit di sebuah kebun di Linau, Batu Pahat, Johor dengan menggunakan sebuah kereta, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Ismail Dollah berkata ketiga-tiga suspek berusia antara 30 hingga 66 tahun ditahan di Parit Sulong setelah rakaman video mereka mencuri buah sawit tular di media sosial, Selasa lalu.

Turut dirampas, beberapa tandan buah sawit dan sebuah kenderaan yang digunakan dalam kejadian tersebut. 

Tambah Ismail, kesemua suspek direman selama dua hari sehingga esok bagi membantu siasatan. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan. 

26 Disember lalu, tular video berdurasi 26 saat memaparkan seorang saksi sedang merakam kejadian kecurian itu sehingga menyebabkan pencuri berkenaan menurunkan semula buah kelapa sawit daripada kenderaan mereka.

Salah seorang pencuri dilihat memohon maaf apabila saksi mahu melaporkan kejadian berkenaan kepada pihak polis. 

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD