fb fb fb fb fb

RM330 juta peruntukan awal hadapi Monsun Timur Laut

KUALA LUMPUR, 21 Jun- Sebanyak RM330 juta peruntukan awal bagi menghadapi Monsun Timur Laut 2022/ 2023 disalur ke seluruh negeri.

Perkara tersebut bagi memastikan bantuan bencana dapat disampaikan dengan segera dalam tempoh bagi menghadapi monsun berkenaan.

Bagaimanapun, menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) Datuk Wilson Ugak Kumbong, bagi penyaluran peruntukan bantuan bencana ia meliputi bantuan wang ihsan, bantuan barangan keperluan asas dan bantuan pembaikan rumah namun ia tertakluk bawah Kerajaan Negeri yang diselaras berdasarkan maklumat ketua isi rumah (KIR) penduduk terjejas.

"Bagi Monsun Timur Laut (MTL) 2022/2023, Kerajaan Persekutuan telah menyalurkan peruntukan awal sebanyak RM330 juta kepada semua negeri bagi memastikan bantuan bencana dapat disampaikan dengan segera dalam tempoh tersebut.

"Penyaluran peruntukan bantuan bencana ini meliputi Bantuan Wang Ihsan (BWI), Bantuan Barangan Keperluan Asas (BBKA) dan Bantuan Pembaikan Rumah (BPR) daripada NADMA kepada Kerajaan Negeri. Ia berdasarkan permohonan daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri melalui, maklumat KIR mangsa bencana yang telah disemak dan disahkan oleh Pejabat Pegawai Daerah selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah," katanya di Dewan Negara ketika menjawab soalan daripada Senator Tan Sri Datuk Low Kian Chuan.

Wilson menjelaskan perkara itu ketika ditanya Senator Tan Sri Datuk Low Kian Chuan berhubung peruntukan bagi operasi bantuan bencana termasuk perbelanjaan kenderaan, peralatan, makanan dan bantuan telah diaudit serta pecahan bagi semua perbelanjaan bantuan bencana dari tahun 2020 sehingga kini.

Bagaimanapun, sejak tahun 2020 hingga 2022 sejumlah RM963.69 juta disalurkan bagi tujuan agihan bantuan bencana.

(Wilson Ugak Kumbong)

Media Baharu