(Khairudin Abu Hanipah (tiga,kanan) bersama murid sempena pelancaran Program 3R Read, Record and Reward
di Perpustakaan Awam Dato Seri Husni, Chemor hari ini/BERNAMA)
IPOH, 21 Jun- Satu kajian terperinci bagi mengenal pasti faktor pelajar yang tidak mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Perak akan dilakukan.
Exco Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah berkata, kajian itu perlu berikutan semakin ramai golongan muda tidak mahu belajar, selain tidak mengambil peperiksaan dan memilih untuk bekerja.
Kajian berkenaan juga sebagai langkah komprehensif bagi mengelak keciciran pendidikan di negeri itu.
"Kementerian Pendidikan mengambil pendekatan untuk mengkaji perkara ini, sebab isu ini telah menampakkan ramai pelajar yang tercicir. Jadi pihak kementerian sedang melaksanakan kajian, mengambil langkah langkah untuk mencari punca dan juga plan intervensi bagi mengatasi masalah berkenaan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program 3D, Read, Record and Reward di Perpustakaan Awam Dato Seri Husni di Chemor.
Terdapat seramai 1,106 calon SPM 2022 di Perak tidak hadir dan mengambil peperiksaan itu daripada jumlah keseluruhan 28,715 calon berdaftar.
(Khairudin Abu Hanipah)