fb fb fb fb fb

Kerajaan kenal pasti koperasi tidak aktif untuk dipulihkan

(Saraswathy Kandasami)

KUALA LUMPUR, 21 Jun- Kerajaan akan mengenalpasti koperasi yang berstatus tidak aktif untuk dipulihkan mengikut kesesuaian bidang agar beroperasi semula.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Saraswathy Kandasami berkata, kementeriannya melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah mengenalpasti 30% koperasi tersebut yang akan dibuat penilaian sebelum ia ditutup.

"SKM sedang mengambil tindakan untuk memulihkan koperasi yang berpotensi seperti mengaktifkan semula atau membantu mengenal pasti aktiviti yang sesuai untukĀ ia beroperasi semula.

"Seterusnya, memberi khidmat bimbingan dan nasihat kepada ahli lembaga koperasi untuk membaik tadbir urus, serta melaksanakan program bantuan perakaunan dan pengauditan kepada koperasi terbabit supaya mereka boleh pulih, aktif semula," katanya menjawab pertanyaan Senator Amir Md Ghazali di Dewan Negara.

Senator Amir bertanyakan mengenai tindakan yang akan diambil kerajaan terhadap koperasi tidak aktif.

(Foto fail)

Media Baharu