
KUALA LUMPUR, 9 Februari – Sebanyak 33 juta diperuntukkan menerusi Projek Pemerkasaan Zon Pengeluaran Tanaman Makanan bagi tempoh 2026 hingga 2030.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Chan Foong Hin berkata ia sebagai usaha memastikan agenda keterjaminan makanan negara terus diperkukuh.
Inisiatif itu merupakan kesinambungan Projek Naik Taraf dan Pembangunan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) sepanjang Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK12).
“Sepanjang RMK12, sebanyak RM24.98 juta diperuntukkan bagi menaik taraf TKPM sedia ada dan RM18.47 juta bagi pembangunan TKPM baharu.
“Usaha ini diteruskan di bawah RMK13 menerusi Projek Pemerkasaan Zon Pengeluaran Tanaman Makanan dengan peruntukan RM33 juta bagi tempoh 2026 hingga 2030,” katanya di Dewan Rakyat di sini.
Penyataan bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Rantau Panjang, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff yang ingin mengetahui mengenai projek pertanian berimpak tinggi yang telah dan sedang dilaksanakan di seluruh negara.