fb fb fb fb fb

RM329.5 bilion jumlah pelaburan diluluskan MITI tahun lepas

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Thong

KUALA LUMPUR, 23 Julai - Sebanyak RM329.5 bilion jumlah pelaburan telah diluluskan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industi (MITI) sepanjang tahun lalu.

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Thong berkata ia meliputi lebih 5,000 projek yang dijangka menjana 127,332 peluang pekerjaan baharu.

"Daripada jumlah tersebut, pelaburan langsung asing (FDI) merangkumi 57.2 peratus dan selebihnya adalah pelaburan domestik (DDI). FDI dan DDI saling melengkapi.

"Permintaan domestik yang kukuh menghasilkan lebih banyak DDI yang seterusnya akan menarik lebih banyak FDI," katanya pada persidangan Dewan Negara, di sini.

Beliau menjawab pertanyaan Senator Tan Sri Datuk Low Kian Chuan mengenai usaha yang telah diambil untuk memastikan Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) tempatan mendapat manfaat daripada FDI.

Tambah Liew, peningkatan FDI akan memberi peluang perniagaan kepada syarikat-syarikat tempatan terutama PMKS.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN