fb fb fb fb fb

RM3.45 juta persiapan hadapi tengkujuh di Terengganu

KUALA TERENGGANU, 3 Oktober - Kerajaan negeri Terengganu memperuntukkan sebanyak RM3.45 juta sebagai persiapan menghadapi musim tengkujuh tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar Pengurusan Bencana Hanafiah Mat, berkata peruntukan itu adalah bagi pembelian bahan mentah dan makanan serta keperluan lain seperti tikar, selimut, tuala, kain batik dan kain pelekat.

Bercakap pada Persidangan Dewan Undangan Negeri DUN Terengganu Ke-15 di Kuala Terengganu beliau berkata Kerajaan Persekutuan menyediakan peruntukan berjumlah RM1.948 juta manakala baki RM1.5 juta daripada kerajaan negeri.

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menempatkan bekalan bencana di Depoh Simpanan Keperluan Bencana (DSKB) di Marang, 10 mini depoh dan 152 pangkalan hadapan di seluruh negeri.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bencana negeri berkata, penghantaran bekalan keperluan bencana kepada penduduk di Pulau Perhentian dan Pulau Redang akan dilakukan minggu depan.

"JKM menyediakan 580 pusat pemindahan sementara PPS yang boleh menampung 147,600 penduduk terjaja banjir tahun ini.

"Antara persiapan awal dilakukan ialah mengadakan latihan simulasi banjir di peringkat daerah," kata Hanafiah Mat, di sini.

(Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar Pengurusan Bencana
Hanafiah Mat bercakap pada ersidangan Dewan Undangan Negeri DUN Terengganu Ke-15 di Kuala Terengganu)

Media Baharu