fb fb fb fb fb

Golongan agamawan perlu manfaatkan media sosial sebagai medium dakwah

(FOTO RTM)

KUALA KANGSAR, 3 Oktober -Golongan agamawan perlu tampil ke hadapan dan menjadikan media sosial sebagai medium bagi tujuan berdakwah dan menjelaskan isu-isu berkaitan agama.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, perkara tersebut penting bagi mengelakkan kekosongan terbabit diisi oleh golongan tidak bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kekeliruan di samping mengekang ajaran sesat.

Jelasnya, anak muda ketika ini mudah dipengaruhi di platform media sosial dan ia menimbulkan kebimbangan.

"Kadang-kala dia (anak muda) malas membaca. Dia tengok TikTok, dia terpengaruh.

"Jadi sebab itulah dalam konteks bila kita memberi penekanan kepada agamawan untuk membantu menjelaskan kepada masyarakat isu-isu,Mufti memainkan peranan memberi pencerahan. Jadi medium media sosial ini perlu di maksimumkan penggunaannya",katanya selepas merasmikan Seminar Antarabangsa Pemikiran Mufti Harussani di Dewan Serbaguna Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), di sini.

Seminar berlangsung hari ini hingga esok itu, membentangkan24 kertas kerja berkaitan corak pemikiran serta sumbangan Almarhum Tan Sri Harussani terhadap institusi Islam

Hadir sama Datuk Wan Zahidi Wan Teh, Mufti Negeri Perak dan Prof Datuk Dr Wan Sabri Wan Yusuf, Naib Canselor USAS.


(Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar)

Media Baharu