fb fb fb fb fb

RM250 juta Dana EFT, sokong negeri pulihara khazanah alam

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 10 Oktober - Sebanyak RM250 juta Dana Ecological Fiscal Transfer (EFT) diperuntuk untuk menyokong peranan negeri dalam ikhtiar memulihara khazanah flora dan fauna negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan bersetuju menyalurkan RM50 juta dana EFT sebagai hasil kepada kerajaan negeri. Selain itu RM80 juta untuk 2,500 renjer komuniti bagi melindungi hutan negara.

"Kepakaran lebih 1,000 Orang Asli dan hampir 700 veteran akan dimanfaat selain dibekalkan peralatan rondaan bagi meningkatkan keupayaan melindungi habitat terancam seperti Harimau Malaya, Orang Utan dan Banteng," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan (2026) bawah Tekad 5: Memperkukuh Ketahanan Negara di Dewan Rakyat.

Perdana Menteri turut memaklumkan bahawa sebanyak RM300 juta diperuntuk untuk merawat, menyelenggara, dan membersihkan sungai.

Daripada jumlah itu RM10 juta untuk Denai Sungai Kebangsaan bagi membangun laluan riadah dan memupuk tanggungjawab komuniti melindungi kelestarian sungai.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI