fb fb fb fb fb

RM2.62 bilion disediakan kepada pesawah, subsidi tertinggi dalam sejarah

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 10 Oktober - Kerajaan mengumumkan RM2.63 bilion disediakan untuk pelbagai subsidi dan bantuan kepada pesawah sekali gus merekodkan subsidi pertanian tertinggi dalam sejarah.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia meliputi subsidi harga padi, subsidi tanaman padi, subsidi baja, subsidi benih, dan
insentif pengeluaran padi.

"Dianggarkan setiap pesawah menerima bantuan kira-kira RM4,300 sehektar ketimbang RM3,790sehektar bagi setiap musim.

"Bermula tahun ini, Kerajaan MADANI menaikkan kadar insentif pembajakan dan insentif racun masing-masing kepada RM160 dan RM300 sehektar semusim," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan (2026) bawah Tekad 5: Memperkukuh Ketahanan Negara di Dewan Rakyat.

Kerajaan juga memperkenalkan insentif baharu iaitu Insentif Penuaian Padi, RM50 sehektar semusim bagi menampung penggunaan diesel untuk jentuai.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI