fb fb fb fb fb

RM2.15 juta diperuntuk bagi projek ikan kelah

(Foto hiasan)

MERSING, 27 Oktober- Bagi menjana pendapatan golongan B40, Jabatan Perdana Menteri, dibawah Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU), memperuntukan RM2.15 juta, bagi menjalankan Projek Peternakan Ikan Kelah, di 15 kolam ternakan di Johor.

Daripada jumlah tersebut, lima kolam ternakan ikan kelah dibina di Mersing, melibatkan kos RM60,000 setiap satu, selain kolam di Pontian, Batu Pahat dan Muar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( Tugas - Tugas Khas ), Datuk Dr Abd Latiff Ahmad berkata, setiap kolam mampu menampung sehingga 1,000 ekor ikan, dengan nilai RM400 hingga RM600, bagi satu kilogram.

Penternak mampu menjana pendapatan antara RM3,800 hingga RM13,000 sebulan bagi hasil tuaian ikan tersebut.

Ikan kelah mendapat permintaan tinggi di negara Singapura, Taiwan, Hong Kong dan China, dengan pesanan 10,000 kilogram bagi ikan kelah seberat satu kilogram, diterima peternak Mersing, Ogos lalu.

(Foto hiasan)

Selain itu, TERAJU turut memperuntukan RM2 juta, bagi projek penternakan udang kara.

Menurut Abd Latiff Ahmad, "satu lagi yang kita bangunkan, untuk udang kara dengan kerjasama UTM, cuma udang kara boleh dituai selepas enam bulan.

"Hasil pendapatan pula boleh menambah antara RM2,000 hingga RM3,000 jika dilakukan secara sambilan."

Beliau berkata demikian semasa melawat kolam ternakan ikan kelah milik Nor Hilman Mat Sabri, di Kampung Tanjung Genting, Mersing.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif TERAJU, Datuk Md Silmi Abd Rahman.

Media Baharu