fb fb fb fb fb

Cadangan undi pos kepada pelajar IPT wajar dipertimbang

(Foto hiasan)

SERDANG, 27 Oktober- Cadangan melaksanakan Undi Pos kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dan undian secara dalam talian dan wajar dipertimbangkan.

Itu pandangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berpendapat undi pos harus dibenarkan kepada pelajar IPT bagi memastikan ia dapat mengurangkan kos perbelanjaan Pilihan Raya Umum (PRU).

"Undang-undang perlu dilaksanakan bagi memastikan pelajar IPT boleh melakukan undi pos. Cadangan badan beruniform untuk membantu mengawal pengundian juga perlu dipertimbang", jelasnya ketika ditemui pemberita RTM.

(Wan Junaidi ditemui pemberita RTM di Serdang)

Beliau akur, kajian terperinci berkaitan perkara itu perlu dilaksana sebelum diputuskan oleh kerajaan.

Tambahnya, Amerika Syarikat sudah melakukan undian secara dalam talian sejak 2005 dengan mengambil kira aspek keselematan.

Beliau tegas dan tetap dengan pendiriannya, bahawa penggunaan teknologi canggih dalam PRU adalah penting untuk menyuburkan proses demokrasi di negara ini.

Dr. Wan Junaidi berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penyerahan Peranti Siswa di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor.

Media Baharu