fb fb fb fb fb

RM17.3 juta diperuntuk MRC untuk Dana Pengambilan Pekerja Malaysia 2.0

KUALA LUMPUR, 7 Disember- Majlis Getah Malaysia (MRC) memperuntukkan RM17.3 juta Dana Pengambilan Pekerja Malaysia (HMWF) 2.0.

Dana tersebut merupakan kesinambungan inisiatif daripada edisi terdahulu bagi menggalakkan penglibatan pekerja tempatan dalam industri getah.

Pengarah Kanan Bahagian Kelestarian MRC, Mohd Fauzi Mohd Ghazali berkata, inisiatif itu akan menggalakkan golongan belia menyertai industri getah sekaligus membantu memacu ekonomi.

"Bagi majikan, HMWF 2.0 akan membayar balik kos Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), dan caruman Sistem Insurans Pekerjaan (EIS) yang dibuat untuk pekerja mereka. Bagi pekerja pula, BSMM akan membayar balik kos caruman Perkeso dan EIS yang dibuat oleh pekerja.

"Terdapat juga bantuan mobiliti sekali sahaja bernilai RM1000 untuk pekerja yang berhijrah lebih daripada 50 kilometer ke lokasi lain untuk bekerja," katanya dalam ucapan perasmian di Dana Pengambilan Pekerja Malaysia (HMWF) 2.0.

MRC juga memperuntukkan sebanyak RM1.77 juta daripada jumlah bajet tersebut untuk 38,000 pekebun kecil yang berdaftar dibawah Lembaga Getah Malaysia (LGM).

Ia bagi memberi perlindungan perlindungan insuran selama satu tahun kepada mereka di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS), inisiatif dan kerjasama dengan Perkeso.

HMWF seiring dengan dasar kerajaan yang mengutamakan peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia selain dapat menyelesaikan isu kekurangan tenaga kerja.

(Mohd Fauzi Mohd Ghazali)

Media Baharu