fb fb fb fb fb

RM160 juta kepada nelayan, meliputi elaun sara hidup & insentif tangkapan

FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR, 10 Oktober - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan sebanyak RM160 juta kepada nelayan. Ia meliputi elaun sara hidup sehingga RM300 sebulan dan insentif hasil tangkapan.

"Kerajaan tetap mengekalkan diesel bersubsidi RM1.65 seliter khusus untuk nelayan.

"RM20 juta disediakan supaya nelayan menaik taraf vesel bagi mengurangkan kebergantungan tekong dan kru asing; dan menggantikan pukat tunda Zon B dan pukat kenka dua bot bagi mengurangkan vesel tidak lestari," kata Datuk Seri Anwar.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan (2026) bawah Tekad 5: Memperkukuh Ketahanan Negara di Dewan Rakyat.

Dalam pada itu RM55 juta turut disediakan bagi menyokong pengusaha buah-buahan tempatan, antaranya insentif tanaman dan prasarana ladang nanas termasuk di Sarawak selain tanaman buah lain, seperti durian belanda, jambu air dan limau besar.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI