fb fb fb fb fb

RM100 juta disasar menerusi Halmart

NILAI, 8 Julai - Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan sebanyak RM100 juta hasil jualan menerusi program Pembangunan Peruncitan MARA: Halal Mart atau Halmart. 

Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid sasaran itu diyakini dapat dicapai susulan 14 usahawan Halmart mengikuti program itu sejak tahun 2021.

(Mahdzir bercakap kepada pemberita selepas
merasmikan Program Pembangunan Peruncitan MARA: Halmart di sini)

" Ini merupakan salah satu daripada program dalam membangunkan usahawan yang ada di MARA, dan MARA akan terus bantu usahawan-usahawan dengan kemudahan pembiayaan serta latihan dan juga sediakan premis-premis perniagaaan, kerana objektif program ini memperkasakan kedai serbaneka yang berkonsepkan halal mart, serta menjadi platform kepada pemasaran produk usahawan," kata Mahdzir di sini.

Beliau berharap, lebih banyak kedai serbaneka berkonsep halal terutamanya di luar bandar dapat diwujudkan sekali gus memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

Media Baharu