fb fb fb fb fb

Dua beranak rentung dalam kebakaran

ALOR GAJAH, 8 Julai- Dua beranak rentung dalam kebakaran di kediaman mereka di Kampung Cherana Puteh, awal pagi tadi.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Melaka, mangsa Allahudin Abd Hamid, 51 tahun ditemui di dalam bilik air manakala anaknya, Muhammad Badrul Allahudin, lima tahun ditemui di bilik tidur utama.

Kejadian disedari orang awam sebelum bertindak menghubungi pihak bomba kira-kira pukul 1.56 pagi.

Bomba mengambil masa kira-kira tiga jam untuk memadam kebakaran dan mengeluarkan mangsa terperangkap.

Kedua-dua mangsa ditemui telah terbakar pada seluruh badan.

(Salah seorang mangsa ditemui pada satu sudut di dalam kediaman mereka yang musnah dijilat api)

Sementara itu, menurut Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supritendan Arshad Abu, berdasarkan siasatan awal, rumah berkenaan hanya didiami oleh kedua-dua mangsa.

Punca kebakaran dan kematian masih dalam siasatan.

Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke hospital Alor Gajah untuk dibedah siasat.

Media Baharu