KUALA LUMPUR, 27 Februari- Sebanyak 100 juta diperuntukkan bagi membaik pulih pangsapuri kos rendah dan sederhana.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata ia merangkumi usaha penyelenggaraan lif bagi memastikan kediaman penduduk berdaya huni dan selesa.
"Kita bukan sahaja membuat penyelenggaraan mengecat semula bangunan, menukar lif-lif baharu rumah pangsapuri kos rendah dan kos sederhana, kita pastikan peruntukan ini dimanfaatkan sepenuhnya supaya penduduk pangsapuri kos rendah menduduki kediaman berdaya huni dan bersifat manusiawi," katanya ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Kuantan, Wan Razali Wan Nor di Dewan Rakyat di sini.
Beliau turut memaklumkan, kerajaan telah mewajibkan pemaju perumahan swasta untuk membina sekurang-kurangnya 30 peratus rumah mampu milik dalam projek perumahan mega sejak 1981.
Bagaimanapun, ia tertakluk dengan keperluan di peringkat kerajaan negeri.