fb fb fb fb fb

RM10.1 juta diperuntukkan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bantu penduduk terjejas banjir


SEGAMAT, 3 Januari - Sejumlah RM10.1 juta diperuntukkan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bagi membantu penduduk yang terjejas banjir.

Menterinya, Idris Ahmad memaklumkan, peruntukan itu disumbangkan lapan agensi bawah jabatannya termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).

"Dalam usaha membantu dan memastikan sampah sarap dapat diangkat, kita akan sewa jengkaut dan lori untuk mengangkat barang-barang dan sampah di sekitar tempat banjir kerana aset pihak berkuasa dan Pihak Berkuasa Tempatan mungkin tidak mampu, jadi kita cuba nak bantu", katanya selepas melawat Pusat Pemindahan Banjir (PPS) SK Kuala Paya, di sini.

Sehingga kini, hampir RM5 juta daripada keseluruhan peruntukan tersebut telah dibelanjakan untuk membeli keperluan asas penduduk terjejas banjir.

Antara barangan yang disumbangkan adalah selimut, pek kebersihan, kelengkapan solat, barangan elektrik dan makanan.

Bagi program tersebut, sejumlah RM66,500 dibelanjakan untuk membeli barang keperluan penduduk terjejas banjir di 5 buah PPS yang dilawatinya.

Media Baharu