fb fb fb fb fb

Kerajaan negeri Melaka bercadang wujudkan DUN Belia


AYER KEROH, 3 Januari
- Kerajaan negeri Melaka berhasrat mewujudkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Belia dalam usaha meningkatkan kepimpinan dalam kalangan belia.

Menurut Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, DUN Belia tersebut bakal berfungsi seperti Parlimen Belia, selaras yang terkandung dalam Manifesto Barisan Nasional (BN).

"Setiap kawasan mesti diwakili oleh satu DUN belia dan mereka juga mempunyai portfolio sepertimana yang terdapat dalam kerajaan negeri Melaka serta melantik speaker dan timbalan speaker sepertimana terdapat dalam DUN negeri Melaka," katanya selepas perasmian Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri Melaka Sidang 1 Penggal Ke-33 Tahun 2021/2022 di sini.

Menurut Sulaiman, kaedah pemilihan DUN Belia akan diserahkan kepada Jabatan Belia Dan Sukan (JBS) negeri.

Dalam pada itu, beliau juga turut mengadakan perbincangan dengan JBS dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk mewujudkan lebih banyak lagi kawasan untuk belia melaksanakan aktiviti beriadah, bersukan, berniaga dan sebagainya.

Media Baharu