fb fb fb fb fb

RM1.3 juta peruntukan banjir di Johor, naik taraf kawasan berisiko

KULAI, 3 Oktober- Kerajaan Negeri Johor telah memperuntukkan sebanyak RM1.3 juta bagi menghadapi bencana banjir tahun ini.

Peruntukan yang dikeluarkan membabitkan kerja menaik taraf kawasan berisiko banjir dan pembersihan sungai.

Bagaimanapun, Exco Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, selain kerajaan negeri, dana peruntukan juga diperoleh daripada kerajaan persekutuan.

Pasukan petugas juga akan ditubuhkan untuk mengenal pasti dan mengkaji kedudukan geografi bagi kawasan berisiko banjir.

Tambah beliau, persediaan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di negeri ini masih mencukupi untuk menempatkan penduduk yang terjejas.

"Kita apabila berlaku perkara ini, maknanya peringkat agensi kerajaan masing-masing sudah tahu tugas masing-masing. Jadi isu tidak cukup tempat tidur, makan minum, air panas, bayi sakit semua kita ada doktor yang datang merawat," katanya.


(Exco Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor)

Sementara itu, Majlis Agama Negeri Johor turut memberi sumbangan kit bantuan antaranya kit kebersihan diri dan pek makanan segera, selain bantuan tunai sebanyak RM500 kepada punduduk terjejas di PPS SMK Bukit Batu.

Media Baharu