fb fb fb fb fb

RM3 juta diperuntukkan bagi Program Pemberiaan Kit Kebersihan Asas Wanita (Kit SERI)

(LPPKN terus komited dalam menangani isu kemiskinan haid
terutama bagi komuniti Orang Asli)

KUALA LUMPUR, 1 Ogos - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) terus komited  dalam menangani isu kemiskinan haid terutama bagi komuniti Orang Asli.

Setakat ini sejumlah 800 remaja orang asli telah mendapat manfaat daripada Program Pemberiaan Kit Kebersihan Asas Wanita yang dikenali sebagai 'Kit SERI' kepada remaja perempuan di kawasan luar bandar, pedalaman dan komuniti Orang Asli.


(Timbalan Menteri Timbalan Menteri KPWKM Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff)

Timbalan Menteri Timbalan Menteri KPWKM Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, Sebanyak RM 3 juta telah diperuntukkan KPWKM melalui LPPKN dalam melaksanakan program tersebut

Ini merupakan salah satu inisiatif kementeriannya, bagi mengatasi isu kemiskinan haid seperti yang dibentangkan dalam Bajet 2022.

'Kit SERI' meliputi tuala wanita pakai buang, tuala guna semula serta program pendidikan 'seri' yang meliputi aspek pengurusan haid yang betul.

Tambahnya, bagi fasa satu penyaluran kit tersebut, ia telah pun selesai diagihkan kepada 130,000 remaja terpilih untuk bekalan empat bulan pada 30 Jun lalu.

Manakala fasa kedua pula akan diagihkan dalam tempoh lapan bulan berikutnya.

"LPPKN juga telah mengambil inisiatif melaksanakan pemberian 'Kit SERI' tuala wanita guna semula kepada pengguna jangka panjang kepada remaja komuniti bermula bulan Julai 2022, inisiatif ini telah dimanfaatkan kepada 3,000 remaja perempuan termasuk kawasan luar bandar termasuk orang asli di seluruh negara," katanya ketika menjawab soalan wakil Sibuti Tuan Lukanisman Awang Sauni di Parlimen.

Media Baharu