fb fb fb fb fb

RM2.04 bilion disalurkan kepada JKM untuk dimanfaatkan penerima bantuan bulanan


LABUAN, 19 Januari
- Sebanyak RM2.04 billion diperuntukkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bagi memberikan bantuan bulanan kepada 515,581 penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Mereka terdiri daripada warga emas, orang kurang upaya (OKU), kanak-kanak serta pesakit terlantar.

Timbalan Menterinya, Datuk Siti Zailah Mohd Yussof berkata, KPWKM menerima sejumlah RM2.68 billion menerusi Bajet 2022, dengan RM2.5 billion melibatkan peruntukan mengurus dan RM175.42 juta bagi tujuan pembangunan.

Kementerian tersebut juga mendapat peruntukan pertambahan 4.6-peratus atau RM116.882 juta tahun ini, berikutan kerajaan menetapkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) baharu pada RM1,169 berbanding RM980 pada tahun sebelumnya.

"Jadi sudah tentu akan menyebabkan lebih ramai penerima bantuan yang akan mendapat bantuan dan maknanya keperluan pun akan bertambah disamping beberapa program baharu yang telah diluluskan kerajaan."

"Mana-mana dana yang tidak ada pada peruntukan kami kita sambungkan kepada kementerian yang ada dana, kita bantu itu lah tujuan kita turun padang untuk kita sama-sama beri sokongan kepada NGO-NGO wanita," katanya selepas turun padang melakukan lawatan ke Pusat Aktiviti Wanita di Pejabat Pembangunan Wanita di Labuan.

Media Baharu